Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.
Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .
Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.
Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.
Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.
Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.
Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)
Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.
Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.
Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).
Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.
Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.
Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.
Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.
Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.
Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.
Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.
Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.
Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.
Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.
SINOPSIS
Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.
Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
CIRI-CIRI SYAIR
Fakta ; Terdiri daripada empat baris serangkap
Huraian ; Kesemua 24 rangkap terdiri daripada 4 baris
Contoh ; Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah khalik al-alam
Melimpahkan rahmat siang dan malam,
Kepada segala mukmin dan Islam.
Fakta ; bilangan patah perkataan
Huraian ; Keseluruhan syair mempunyai 3 higga 5 patah perkataan
ContoH > 3 patah perkataan-rangkap 14 baris 3 :
Eloknya tidaklah ternilai
Ø 5 patah perkataan-rangkap 6 baris 2
Di dalam kolam konon tempatnya
Fakta ; Bilangan suku kata
Huraian ; Mempunyai suku kata antara 8 hingga 13 suku kata
Contoh > 8 suku kata-rangkap 14 baris 2
Da/tang /da/ri /Tan/jung/ Ba/lai
Ø 13 suku kata-rangkap 16 baris 2
Per/ka/ta/an/ pu/te/ri/ ter/hen/ti/lah/ ia
Fakta ; Rima akhirnya
Huraian ; Rima akhir syair ini tetap iaitu a-a-a-a
Contoh ; Mula dikarang ikan terubuk,
Lalai memandang ikan di lubuk,
Hati dan jantung bagai serbuk,
Laksana kayu dimakan bubuk.
FUNGSI KARYA
*Sebagai hiburan
*Alat menyampaikan pengajaran
* Alat Sindiran
GAYA BAHASA
Fakta ; Penggunaan bahasa asing
Huraian ; Penggunaan bahasa arab dalam syair
Contoh ; Rangkap 1 baris 1-bismillah
Rangkap 1 baris 2-khalikal-alam
Rangkap 1 baris 3-rahmat
Rangkap 1 baris 4-mukmin dan islam
Rangkap 12 baris 1-Ya Ilahi
Fakta ; Metafora
Huraian ; Penggunan unsur abstrak dan konkrit dalam ayat
Contoh ; Rangkap 20 baris 2
Rangkap 22 baris 1
FaktA ; Hiperbola
Huraian ; Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
Contoh ; Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk
Rangkap 4 baris 1-pagi dan petang duduk bercinta
Rangkap 15 baris 4-puteri melompat ke atas pucuknya
Fakta ; Personafikasi
Huraian ; Sifat manusia yang diberi pada objek atau benda
Contoh ; Rangkap 13 baris 2-turunlah rebut dengan segera
Rangkap 15 baris 3-sampailah waktu dengan janjinya
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut
Fakta ; Simile
Huraian ; Perbandingan setara yang menggunakan perkataan seperti,bak,umpama,bagai
Contoh ; Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut
Fakta ; Kata ganda berirama
Huraian ; Kata yang digandakan dengan penambahan imbuhan atau perubakan kata
Contoh ; Rangkap 9 baris 1-gundah gulana tidak keruan
Rangkap 9 baris 4-siang dan malam igau-igauan
Rangkap 16 baris 3-belumlah sampai daya upaya